Sunday, 3 November 2013

Ajari Aku

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu



Friday, 1 November 2013

syukuri

assalamualaiuk wbt dan selamat sejahtera

Adakah kita syukuri dengan apa yang kita ada ? setiap daripada kita dilahirkan dalam kehidupan yang berbeza. Ada dalam kehidupan yang senang dan ada pula sebaliknya. Dalam setiap hari kita meniti kehidupan seharian, kadang kala kita terlepas pandang bahawa masih terdapat ramai individu yang kurang bernasib baik. maka, hargailah segala kurniaan yang telah Allah berikan kepada kita. Jom saksikan video ini...





Monday, 28 October 2013

Smart delegation Program

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

alhamdulillah pada 27 oktober 2013 saya dan ahli kumpulan saya berjaya melaksanakan tugasan kami dengan melaksanakan program di SMK Kuala Kubu Bharu. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli pebimbing rakan sebaya. program diadakan di dewan makan asrama.

~program bermula~

program ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan tugas sebagai seorang ahli prs dan kemahiran asas prs. aktivit dimulakan dengan colek-colek mesra dan diikuti dengan tiga buah modul yang lain iaitu modul carta hati, modul kenali diriku dan kemahiran asas kaunseling. Alhamdulillah semua peserta memberikan kerjasama yang sangat baik semasa menjalankan aktiviti.

Perjalanan Modul carta Hati

~penerangan dalam kumpulan~

~refleksi dalam kumpulan~

~refleksi di hadapan~



Perjalanan Modul Kenali Diriku

~aktivit berjalan~

~perbincangan dalam kumpulan~

~hasil kerja peserta~

Perjalanan Modul Kemahiran asas Kaunseling

~perbincangan dalam kumpulan~'

~penerangan daripada fasilitator~


~tutorial sesi bimbingan~


alhamdulillah secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa program ini berjaya dan dapat memberikan kesan kepada para peserta yang mengikuti program ini. semoga segala ilmu yang dikongsi memberikan manfaat kepada semua peserta yang hadir. sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah dan para peserta di atas kesudian sudu menerima kami untuk program kali ini.








Sunday, 29 September 2013

Program Pembangunan Sahsiah 2013

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera....

Alhamdulillah pada 27 dan 28 oktober 2013, saya telah menyertai program pembangunan sahsiah yang dikendalikan oleh En.Aziz Yatim. Program ini disertai oleh pelajar semester satu dan pelajar semester lima ISMP bimbingan dan kaunseling UPSI. Walaupun pada semester satu saya telah menyertai program ini, tetapi pada kali ini saya berjaya memperolehi satu pengalaman baru.

Aktiviti pada hari pertama bermula dengan ice-breaking dan diikuti dengan pelbagai aktiviti lain seperti aerobik, kembarun, ujian personaliti dan sebagainya. aktiviti-aktiviti yang dijalankan  memberikan saya peluang memperolehi satu ilmu baru. Aktiviti yang dijalankan juga memberikan saya kesedaran tentang betapa pentingnya peranan seorang guru dalam mendidik anak muridnya.

~bersama ahli kumpulan saya...~

~semoga ukhwah kami kekal selamanya...~

Program kali ini juga membuka minda saya apabila kumpulan saya terdiri daripada pelajar semester satu dan saya berjaya menyesuaikan diri bersama mereka. Alhamdulillah ukhwah antara kami berjaya dipupuk dengan baiknya. Terima kasih kepada adik-adik semester satu yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang baik. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat kepada saya dan rakan-rakan semua. In sya Allah.


pandangan daripada adik-adik semester satu berkaitan program yang dijalankan

~adik amirul...~

~adik aliff~



Thursday, 26 September 2013

tentang Diri....

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...

Pertamanya selamat datang ke blog saya. Saya Mohammad Zhafran Bin Zaid, merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sedikit perkongsian buat kalian semua. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat buat kalian semua.